top of page

Skuad Cincang Junior mendapat naib johan dalam pertandingan Piala YDP MPHTJ.

Sumber gambar daripada Muhammad Syafiq bin Ismail

SEMABOK: Mobile Legends: Bang Bang (ML) adalah permainan arena pertarungan atas talian multipemain yang direka untuk telefon bimbit oleh Syarikat Moonton, China pada tahun 2016.
 

Permainan mudah alih ini telah menjadi sangat popular di seluruh Asia Tenggara dan kini telah mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna di seluruh dunia serta terpilih menjadi salah satu kategori pertandingan e-sports.
 

Dalam setiap pasukan, terdapat 5 pemain yang masing-masing boleh memilih hero berdasarkan 6 peranan yang berbeza iaitu Marksman, Assassin, Mage, Support, Fighter dan Tank untuk memusnahkan pangkalan musuh. Kedua-dua pasukan lawan akan bertarung untuk memusnahkan pangkalan musuh melalui tiga lorong yang disebut sebagai ‘top lane’, ‘middle lane’ dan ‘bottom lane’ yang menghubungkan pangkalan utama musuh.

 

Permainan ini semakin popular dalam kalangan remaja dan golongan dewasa dan tidak hairan sama sekali jika kanak-kanak juga turut bermain aplikasi permainan tersebut disebabkan oleh kandungannya yang menarik.

​

Menurut salah seorang penggemar ML, Muhammad Syafiq Bin Ismail, 23 berkata dia mula terpengaruh dengan permainan mudah alih ini disebabkan ajakan rakan sekerjanya. Dia berkata bahawa permainan ML ini bukanlah untuk keseronokkan semata-mata tetapi aplikasi tersebut juga ada kebaikannya iaitu mampu memberi sedikit keuntungan kepada pemain.

 

“Mobile Legends ini sama seperti permainan mudah alih yang lain yang mana ia juga dapat menghasilkan sedikit keuntungan dengan mengikuti pertandingan, membuat kandungan di Youtube serta menjadi ‘streamer’ di media sosial seperti Soloz yang boleh mendatangkan hasil,” tambahnya lagi.
 

Syafiq yang gemar dengan ML tidak mensia-siakan minatnya begitu saja. Dia mula menjinakkan diri dengan menyertai pertandingan e-sport ML ketika berusia 20 tahun. “Saya telah menyertai pertandingan Mobile Legends Pro League Malaysia/Singapore Qualification S1-S3, Piala Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Blackbox Dojo Pulau Pinang dan banyak lagi,” kata anak muda itu.


Skuadnya, Cincang Junior telah banyak mendapat tempat dalam setiap pertandingan yang disertai dan pencapaian terbarunya pada tahun lepas ialah mendapat gelaran naib johan dalam pertandingan Piala YDP MPHTJ. Mereka meraih wang tunai sebanyak RM500 dalam pertandingan tersebut. 

​

“Habuan daripada kemenangan yang diperoleh ini sedikit sebanyak dapat saya gunakan dalam keperluan seharian walaupun tidak begitu besar jumlahnya,” kata Syafiq lagi.
 

Terdapat ramai anak muda yang gemar mengikuti pertandingan e-sports ini. Bukan sahaja ML, malah Multiplayer PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) juga menjadi kegilaan anak muda.
 

Bagi penggemar ML, permainan ini bukanlah sekadar untuk bermain sahaja, tetapi permainan tersebut membolehkan pemain untuk berinteraksi dan menambah kenalan baharu. Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk berkomunikasi sesama sendiri walaupun dalam jarak jauh.
 

“Saya bukan sahaja bermain tetapi saya juga mendapat kenalan baharu, daripada "stranger" dan terus boleh lepak satu meja,” ulas anak muda yang mesra itu.

 

Namun masih terdapat juga sesetengah orang yang menganggap permainan ini melalaikan dan membuang masa sahaja.
 

Menurut Syafiq, seseorang perlu tahu untuk menetapkan sesuatu had agar tidak terlalu lalai. Syafiq hanya akan bermain selama 3 hingga 4 jam sehari selepas pulang bekerja bagi meneruskan latihan dalam memantapkan teknik-teknik tertentu sebagai persiapan untuk
pertandingan yang akan datang.

 

Syafiq tidak lupa untuk meluangkan masa bersama keluarga kerana hubungan kekeluargaan ialah sesuatu yang perlu dijaga dengan baik. Sebagai seorang manusia, memang wajarlah seseorang itu memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian. Namun, seseorang
perlu tahu sama ada pilihan yang dibuat itu akan mendatangkan faedah atau sebaliknya.

 

“Mungkin mereka masih belum melihat dengan mata sendiri bahawa ramai "streamer" dan pemain e-sports lain yang telah berjaya,” ulas Syafiq mengenai lemparan negatif daripada sesetengah masyarakat tentang ML.
 

Menurutnya lagi, menjadi seorang "gamer" juga boleh menjadikan seseorang itu berjaya seperti yang telah dibuktikan oleh pemain ML Malaysia yang bermain di peringkat yang lebih jauh iaitu di Southeast Asian Games (SEA Games) dan sebagainya.
 

Masyarakat perlulah sedar bahawa setiap orang memiliki minat tersendiri. Syafiq turut menegaskan bahawa kejayaan dan rezeki setiap orang adalah berlainan.

13.png

Muhammad Syafiq Bin Ismail,

23 tahun.

Sesi temubual skuad Cincang Junior oleh eGG Network setelah bermain dalam Blackbox Dojo Tournament

di Pulau Pinang pada tahun 2018.

Sumber gambar daripada Muhammad Syafiq Bin Ismail

LIMBANG: Kejohanan tertutup futsal Limbang anjuran Persatuan Bola Sepak Limbang 2020 berlangsung meriah pada Sabtu dan Ahad lalu. Kejohanan tersebut diadakan selama dua hari iaitu pada 12 hingga 13 Disember 2020 yang turut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Abdul Rahman Bin Haji Ismail selaku Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang bertempat di stadium tertutup Limbang.

 

Pertandingan tersebut disertai 53 buah pasukan lelaki termasuk wanita dan kanak-kanak yang berusia dalam linkungan 12 hingga 30 tahun. Bulhaji Wahab yang merupakan penganjur pertandingan berkata pertandingan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara belia di Limbang disamping bersukan.

 

Walaupun masih terikat dengan keadaan semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), namun itu bukanlah suatu penghalang bagi setiap pemain untuk bermain di gelanggang dengan aktif meskipun dalam keadaan yang perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah disediakan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memutuskan rantaian COVID-19.

 

Johan bagi kategori lelaki dan wanita masing-masing telah membawa pulang sebanyak RM1, 000 dan RM800, manakala bagi Naib Johan telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 dan RM500, dan bagi tempat ketiga pula telah merangkul sebanyak RM500 dan RM300 beserta piala. Hadiah dan ganjaran bagi pemenang telah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Abdul
Rahman Bin Haji semasa perasmian kejohanan tersebut.

Mobile Legends Bukan Sekadar Permainan

Oleh: Siti Nur Amira binti S.Zainal Abidin Shah

BAHASA NEWS 

Johan dan Naib Johan pemenang Kejohanan Tertutup Futsal bersama YB Datuk Dr. Abdul Rahman Bin Haji Ismail (enam dari kanan) - Sumber foto

Kejohanan Tertutup Futsal Limbang, Meriah

oleh: Marcella Henry

bottom of page