top of page
Keadaan Kenderaan yang Dirempuh Lori Treler. 
Sumber Foto: Facebook

Kunak : Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya membabitkan  sebuah lori treler di Kilometer 65, Jalan Tawau-Kunak, di sini, pada 15 Disember 2020.

​

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Mohd Hamzah Baddu, 49, maut di  lokasi kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada  kenderaan Proton Gen 2 yang dipandunya. 

     

Terdahulu, mangsa dalam perjalanan dari Tawau ke Kunak untuk pulang ke  rumah kediamannya setelah menghantar rakannya. 

     

Dalam perjalanan pulang, sebuah kenderaan Proton Wira di hadapan  kenderaan mangsa, dikatakan cuba mengelak seekor anjing menyebabkan kenderaan  itu memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori treler dari arah  bertentangan. 

​

Akibat rempuhan itu, lori itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum  merempuh kenderaan dipandu Mohd Hamzah dan menyeretnya beberapa meter.

​

Mangsa yang tersepit kemudian berjaya dikeluarkan anggota bomba dari Balai  Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak sebelum mayatnya dihantar ke hospital untuk  bedah siasat.

BAHASA NEWS 

Kemalangan Maut di Jalan Tawau-Kunak

Oleh : Mohd Azrie bin Ahmad
Keadaan rumput yang tidak dipotong di Taman Bagiang. Sumber foto Mohd Azrie Bin Ahmad

KUNAK: Keadaan rumput yang memanjang dan tidak diendahkan di taman permainan kanak-kanak di Taman Bagiang, akhirnya diselesaikan oleh Majlis Daerah Kunak.

 

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, keadaan rumput tersebut sudah mencecah sehingga paras pinggang orang dewasa dan bukan itu sahaja, kemudahan awam yang terdapat di taman permainan tersebut juga tidak dijaga.

 

Keadaan rumput tersebut telah menjadi tempat pembiakan serangga seperti nyamuk aedes. Hal ini telah menimbulkan kerisauan terhadap penduduk disitu kerana taman permainan tersebut sudah tidak dapat digunakan lagi sebagai tempat rekreasi lebih-lebih lagi bagi golongan kanak-kanak.

​

Kerja-kerja memotong rumput dan meratakan tanah bermula awal pagi tadi dan selesai sekitar jam 5 petang. Pembersihan itu dilakukan oleh pihak majlis daerah kunak dengan kerjasama dari penduduk Taman Bagiang.

 

Penduduk berasa amat bersyukur dan gembira dengan tindakan yang diambil oleh Majlis Daerah Kunak yang menghantar anggota mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah Taman Permainan Akhirnya Selesai

Oleh Mohd Azrie Bin Ahmad 

Ketua Pemuda parti PDP Bahagian Bawang Assan, Kr. Joshua Ting Fu Ting beserta rombongan membawa bekalan bantuan pemadam api ke rumah panjang di Sg. Sebedil dan Sg. Pinang - Sumber Utusan Borneo

SIBU: Ketua Pemuda Parti PDP Bahagian Bawang Assan, Kr. Joshua Ting Fu Ting, 35, telah memimpin rombongan ke komuniti rumah panjang di Sg. Sebedil dan Sg. Pinang melalui jalan air dengan menaiki bot laju selama 1 jam. Tujuan mereka adalah untuk menyampaikan bekalan bantuan kepada 152 buah pintu rumah di komuniti rumah panjang tersebut.


Hal ini kerana, kawasan rumah panjang itu berada di lokasi yang terpencil dan sekiranya berlaku kebakaran, mereka mungkin tidak sempat untuk menanti ketibaan pasukan bomba. Oleh sebab itu, bahan yang diedarkan pada hari tersebut bukan sahaja merangkumi bahan harian yang diperlukan oleh penduduk tetapi juga disertai alat pemadam api yang dapat digunakan penduduk sewaktu kecemasan.
 

"Struktur rumah panjang dibina dengan kayu dan menggunakan kayu sebagai bahan binaan utama yang mudah terbakar dan boleh mengakibatkan api terlambat dipadamkan. Disebabkan faktor geografi khas Sg. Sebedil dan Sg. Pinang, telah menyebabkan pasukan bomba tidak dapat tiba di tempat kejadian dalam masa yang singkat dan saya khuatir seluruh rumah panjang akan menjadi abu. Dalam kes ini, penduduk mesti belajar menyelamatkan diri. Oleh itu, apabila kami mengedarkan alat pemadam api, kami juga berkongsi dengan mereka kaedah menggunakan alat pemadam api ini dan pengetahuan am tentang perlindungan kebakaran," kata Kr. Joshua Ting Fu Ting.
 

"Penduduk juga telah melaporkan kepada saya bahawa ketika kebakaran berlaku di kawasan setempat, masalah penyelamatan tidak mencukupi telah lama wujud. Saya berasa sangat terkejut kerana tiada pihak yang menyediakan peralatan asas memadam api untuk rumah panjang tempatan dan mempromosikan kaedah pencegahan kebakaran kepada penduduk untuk menyelesaikan masalah sukar ini dan ini tidak dapat diterima. Selain membawa kenangan dan sejarah generasi penduduk, rumah panjang ini juga mewakili totem budaya Sarawak yang berharga dan bagaimana kita boleh tidak mempedulikan kerisauan penduduk?," tambahnya lagi.

Penyerahan Bantuan Alat Pemadam Api Untuk Penduduk Rumah Panjang

Oleh Missel Ernie Anak Bick

Foto penduduk Rumah Bensin.

Sumber daripada Missel Ernie Bick.​​

SIBU: Penduduk Rumah Bensin Sungai Sebedil, Batang Igan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memberi kepercayaan kepada Bensin, 53, untuk menjadi tuai rumah. Tr. Bensin telah menyandang jawatan Tuai Rumah bagi menggantikan ayahnya yang telah meninggal dunia.
 

Beliau berasa amat gembira dengan penyerahan secara langsung dari rumah panjangnya itu sendiri. Keadaan tersebut memberi peluang kepada Tr. Bensin untuk berkongsi saat gembira bersama-sama dengan penduduk rumah panjang beliau.
 

Tr. Bensin dan seluruh penduduk rumah panjangnya hadir bagi menyaksikan majlis penyerahan tersebut. Rata-rata penduduk di rumah panjang itu menyambut baik kehadiran daripada kunjungan pihak kerajaan.
 

“Kami sangat gembira atas kesudian pihak kerajaan untuk berkunjung ke rumah panjang ini. Saya berharap agar hubungan antara pihak kami dengan pihak kerajaan dapat terjalin dengan lebih baik selepas ini,” kata Tr. Bensin.

Penduduk Dari Tr. Rumah Bensin Menyambut Kedatangan Wakil Kerajaan Untuk Penyerahan Sijil Tuai Rumahnya

Oleh Missel Ernie Anak Bick

Keadaan Pekan Daerah Banjir yang ditenggelami air - Sumber Facebook

KANOWIT: “Langit tidak selalunya cerah”. Begitulah peribahasa yang boleh digambarkan mengenai nasib para pengusaha ladang lada yang terjejas akibat daripada kejadian banjir yang melanda daerah Kanowit, pada 4 November yang lalu.


Kejadian hujan lebat yang berterusan bukan sahaja berlaku di daerah Kanowit, malah di daerah Song, Kapit dan Belaga telah menyebabkan air sungai Rajang pasang besar. Lebih teruk lagi apabila kebanyakkan kawasan di daerah Kanowit telah ditenggelami air selama 3 hari.

Foto keadaan ladang lada yang telah ditenggelami air akibat banjir - Sumber Facebook

Banyak golongan petani yang terkesan akibat kejadian banjir yang berlaku lebih-lebih lagi para pengusaha lada kerana hampir kesemua tanaman mereka rosak akibat ditenggelami air. “Hancur punca pendapatan saya dik,” kata Encik Petrus, 40, salah seorang pengusaha ladang lada yang berkongsi pengalamnnya setelah ladangnya dilanda banjir.

“Saya mula mengusahakan ladang lada pada tahun 2010. Pada awalnya saya tidak mahu mengusahakan ladang tersebut kerana saya mengetahui proses penjagaan tanaman lada amatlah rumit dan memerlukan kos yang tinggi walaupun hasil pulangannya seperti “durian runtuh” selepas mengeluarkan buah lada. Namun, kawan saya telah mengajak saya untuk mengusahakan tamanan lada kerana beliau memberitahu saya daerah Kanowit tidak mungkin akan berlaku banjir lagi selepas kewujudan Empangan Bakun yang boleh mengurangkan keadaan air sungai Rajang pasang besar kononnya. Jadi, kepercayaan saya terhadap kata-kata kawan saya itu membuat rasa tertarik untuk mengusahakannya. Namun, selepas banjir besar ini melanda ladang saya, seolah-olah semuanya hilang begitu sahaja apabila separuh daripada ternakan pohon lada saya rosak dan mati,” kata beliau.

​

Encik Petrus berkata, fenenomena musim tengkujuh sebelum ini sering berlaku pada bulan Disember tetapi tidak pernah mencetuskan banjir besar sehingga menenggelamkan ladangnya. Bagi memulihkan tanaman lada yang rosak itu amat sukar terutama sekali apabila daun lada mulai gugur. Satu-satunya cara penyelesaian yang boleh digunakan adalah menanam semula anak pokok lada yang baru dan ini akan memakan masa selama setahun untuk ianya membuahkan hasil.
 

Beliau menganggarkan kerugian yang dialaminya berjumlah RM10,000. Tambah beliau, ladang yang diusahakan itu amatlah penting baginya kerana ia merupakan punca pendapatan utama bagi menampung kehidupan beliau dan keluarga.

4.jpg

Encik Petrus Rose, 40
Pengusaha Ladang Lada

Foto keadaan pohon lada

yang kekuningan dan keguguran daun. Sumber Facebook

Banjir: Pemusnah Nasib Pengusaha Lada

Oleh: Harrison Vergeer Rosley

Foto proses membaik pulih jalan raya yang menghubungkan kawasan perkampungan
di daerah Beaufort dan daerah Tenom.

Sumber daripada Charles Lukas Wanro.

BEAUFORT: Penduduk di kawasan perkampungan yang menggunakan jalan raya yang dibina dari daerah Beaufort menuju ke daerah Tenom mengucapkan berasa sangat gembira apabila satu-satunya jalan raya yang ada untuk kegunaan kereta pacuan empat roda sudah mula dibaiki selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Batu 62 kira-kira 8 kilometer dari daerah Beaufort. Walaupun jalan raya tersebut bukanlah jalan utama penduduk di kawasan ini disebabkan mereka sudah terbiasa menaiki kereta api namun, ia tetap penting bagi mereka untuk menguruskan perkara kecemasan yang berlaku diluar waktu operasi kereta api dari daerah Beaufort ataupun dari daerah Tenom.


Jalan raya dari Beaufort menuju Tenom dibina sebagai alternatif lain sekiranya kereta api mengalami kerosakan dan perkara ini akan memudahkan penduduk kampung di situ. Bagi kawasan jalan raya yang sudah siap di kampung Batu 62 sangat membantu penduduk dalam mengerjakan urusan seperti menghantar anak ke sekolah, membeli barangan keperluan harian dan urusan kecemasan.

 

Bibiana Binti Baratus, 51, yang merupakan penduduk kampung Batu 62 menyatakan rasa gembira apabila jalan tersebut sudah mula dibaiki kerana segala urusan pergerakan ke bandar Beaufort atau di kampung yang berdekatan dapat dilakukan sekiranya jalan raya itu sudah siap dibaiki. Walaupun terdapat perkhidmatan kereta api, namun perkhidmatan tersebut mempunyai masa yang telah ditetapkan untuk bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain dan hal ini menyukarkan penduduk di situ sekiranya berlaku kecemasan pada waktu keretapi tidak beroperasi.

“Untuk ke bandar ataupun ke kampung lain, kami boleh menggunakan kereta sendiri sekiranya jalan raya sudah dibaiki akibat tanah runtuh yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Kereta api boleh digunakan namun sekiranya terdapat kecemasan atau pada masa itu kereta api tiada maka akan menyukarkan kami bergerak untuk menguruskan masalah kami. Sebab itu kami rasa sangat gembira dengan pembaikan jalan raya yang sedang dilakukan pada ketika ini,” kata Bibiana.

 

Jeosiuslius Bin Jublie, 36, yang juga penduduk Kampung Batu 62, berasa sangat gembira dengan pembaikan jalan yang sudah mula dilakukan kerana beliau dapat memandu kereta sendiri seperti biasa untuk pergi berkerja.

 

“Dengan pembaikan jalan yang sudah dilakukan akan memudahkan saya untuk ke tempat kerja dengan membawa kereta sendiri. Walaupun ada kereta api namun kereta api mempunyai masa yang tidak menentu untuk tiba di stesen Batu 62. Saya perlu bangun seawal 6.00 pagi untuk pergi ke tempat kerja apabila menaiki kereta api walaupun waktu berkerja adalah pada jam 8:00 pagi. Disebabkan itu, saya berasa gembira dengan adanya pembaikan jalan raya tersebut,” kata Jeosiuslius.

Penduduk Gembira, Jalan Raya Sudah Mula Dibaiki

Oleh Charles Lukas Wanro

Foto jalan simen yang masih belum dibaik pulih oleh pihak berkuasa.
Sumber daripadaMissel Ernie Bick.

SIBU: Penduduk rumah panjang di Sungai Sebedil, Batang Igan, Sibu telah menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap pihak berkuasa berikutan keadaan jalan raya simen yang masih belum dibaik pulih sejak sekian lamanya.


Jalan yang berlubang akibat tidak dibaik pulih telah menyulitkan perjalanan penduduk kampung dari rumah panjang ke bandar.


Jalan simen ini merupakan jalan pengangkutan utama mereka selain daripada pengangkutan air seperti bot ekspres dan bot laju. Mereka lebih gemar menggunakan jalan raya kerana mereka boleh menggunakan kenderaan sendiri dan tidak terikat dengan jadual perjalanan pengangkutan air.
 

Nasa Anak Wet, 51, salah seorang penduduk rumah panjang tersebut menyatakan bahawa mereka perlu memandu secara perlahan ketika memasuki kawasan jalan raya yang bersimen tersebut. Hal ini bagi menggelakan kerosakkan tayar pacuan empat roda mereka.


Perkara tersebut telah mengundang kerisauan bagi mereka yang selalu menggunakan jalan tersebut kerana sering kali kenderaan mereka akan terkandas akibat daripada jalan yang berlubang.
 

“Semasa hari hujan, lubang-lubang yang besar ataupun yang kecil akan dipenuhi oleh air hujan. Perkara ini telah membuatkan pemandu tidak dapat mnegenal pasti kedudukan lubang tersebut,” tambahnya lagi.

Jalan Simen Menghubungkan Kawasan Rumah Panjang

Di Sungai Sebedil, Batang Igan, Sibu Tidak Dibaik Pulih

Oleh Missel Ernie Anak Bick

ENGLISH NEWS

Water tanks used for catchment of the rain water in Sungai Sebedil longhouses area - Photo  source by Missel Ernie Bick 

SIBU: Issues on providing clean water supply for the longhouse residents in Sungai Sebedil, Batang Igan, Sibu included when sources of water  only depended  on the rain catchment water that has been built at the end of the longhouse. Until  today, they have not had any access to a clean water supply in their homes. As such, this has made it  difficult for the daily routine of the residents because they had to buy mineral water at the  market to drink and so on. 

​

According to Ms. Casstasha, 21, one of the residents  in the longhouse, the river  in front of their longhouse was the main source of clean water supply for the residents before  the construction of the water catchment site. However, there was pollution in the river, the longhouse community were given an allocation of water tanks by the government making the current souce of water supply from the said water tanks.

"Sometimes the water that comes out of the pipe contains pieces of black dirt,"  explained Casstasha. 

​

She also added that they are also hesitant to use the water to clean dishes for cooking because  the water that flows from the tap is not clear or clean as the water that is often used by them is  available in the city. 

​

Currently the source of clean water supply is a critical issue for the residents in the  longhouse. The water from the rain catchment does not guarantee the cleanliness of the water  that is safe to drink. Residents have also expressed concern over the quality of water in the  water tank. The level of water quality that is not checked and the possibility of breeding of larvae inside the water tank which makes the residents feel less comfortable to use and drink  water from it.

 No source of Treated Water Supply for Locals

at Sungai Sebedil Longhouse, Batang  Igan.

By Missel Ernie Anak Bick

Updates on recent COVID-19 cases in Sabah - Photo source by COMMAND Sabah  official website 

KUNAK : Kunak turns red zone after about two months in the yellow and orange  zones, following the increase in positive COVID-19 cases reported yesterday. 

​

It makes 15 districts in the red zone in Sabah today compared to 14 yesterday,  four districts in the orange zone, while six districts in the yellow zone and two green  zones. 

​

Kunak recorded a high rate of COVID-19 infections last October, before  gradually descending into the orange, yellow and green zones but rising again to  orange since December 26. 

​

The district recorded three new cases yesterday, similar to Kinabatangan, while  two cases in Semporna and Tambunan all in the red zone. 

​

A total of 254 new cases were recorded in Sabah yesterday compared to 299  cases yesterday, making a cumulative of 37,294 cases so far.

Kunak Turns Red Zone Again

By Mohd Azrie Bin Ahmad

Firefighters trying to put out the fire that destroys the warehouse located

in Jalan  Kunak Jaya - Source by Mohd Azrie Ahmad 

KUNAK : A warehouse was destroyed by a fire in Kunak on Tuesday, respectively.  The fire had burnt down homes and belongings which were only seen as dust after the  Fire and Rescue team managed to put out the fire several hours later. 

​

The fire involved a warehouse, which was completely razed at Jalan Kunak  Jaya. The citizens of Kunak shed their shared sadness as the fire spread through several  houses along Jalan Kunak Jaya. 

​

Kunak Fire and Rescue Station Chief, Madzlan Sarman, said six firefighters led  by Stefanus Andreas Lolon arrived at the scene following a 7.14pm distress call. 

​

“The warehouse, that have been abandoned for quite some time was completely  destroyed,” he said. 

​

The fire was brought under control by 7.30pm. Nobody was hurt in both  incidences while the cause and estimated loss is still being investigated.

Fire Erupts in Kunak Jaya

By Mohd Azrie Bin Ahmad

bottom of page